• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

DARI TIRAI BESI KE DAPUR BISNES

MAIPk Bimbing Banduan Wanita Jadi Usahawan Kulinari

BATU GAJAH, 25 Julai 2025 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) terus memperkukuh agenda pemerkasaan asnaf dan golongan terpinggir menerusi program latihan keusahawanan kulinari khas buat banduan wanita di Penjara Batu Gajah (Pusat Koreksional).

Dengan peruntukan hampir RM200,000, program ini merangkumi latihan intensif selama 4 bulan serta baik pulih ruang latihan kulinari yang lengkap dengan kelengkapan kursus. Seramai 30 peserta wanita terlibat dalam latihan yang merangkumi kemahiran masakan, pengendalian makanan, pengurusan perniagaan kecil, penjenamaan dan pemasaran digital.

Inisiatif ini turut menekankan aspek pembangunan sahsiah, motivasi diri dan nilai spiritual bagi membentuk jati diri dan keyakinan peserta untuk memulakan kehidupan baharu secara berdikari selepas pembebasan.

Program ini merupakan sebahagian daripada pendekatan MAIPk dalam memperluas manfaat zakat kepada kelompok marginal, dengan memberi fokus kepada pembangunan jangka panjang dan peningkatan taraf hidup.

Pihak Jabatan Penjara Malaysia menyambut baik kerjasama ini dan menganggapnya sebagai model latihan pemulihan yang boleh diperluas ke penjara lain di seluruh negara.

Usaha ini membuktikan bahawa zakat bukan hanya dalam bentuk bantuan kewangan, tetapi berperanan sebagai pemangkin perubahan sosial menyeluruh, menjadikan bekas banduan sebagai aset yang mampu menyumbang kembali kepada masyarakat dan ekonomi ummah.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.