• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • PERSIDANGAN MAJLIS PERUNDINGAN MASJID NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KALI KE-4 BIL. 1/2025

PERSIDANGAN MAJLIS PERUNDINGAN MASJID NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KALI KE-4 BIL. 1/2025

IPOH, 26 APRIL 2025 – Persidangan Majlis Perundingan Masjid Negeri Perak (MPM) kali keempat telah diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Tujuan persidangan ini adalah untuk membincangkan usul-usul serta kaedah-kaedah baharu yang dicadangkan oleh Ahli MPM dalam usaha memperkasa pengimarahan masjid-masjid di seluruh negeri Perak.

Persidangan kali ini menyaksikan sinergi yang sangat baik antara masjid dan agensi luar, dengan lima pembentang dari pelbagai sektor seperti pertanian, kesihatan, alam sekitar, koperasi dan kewangan Islam.

Persidangan telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua MAIPk, YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Annuar bin Zaini. Turut hadir ialah Orang Besar Jajahan Kinta, YBhg. Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja Dato’ Ab. Wahab bin Dato’ Seri Azizul Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman bin Md. Salleh, serta Pengarah JAIPk, Dato' Haji Harith Fadzilah bin Haji Abdul Halim.

MAIPk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 55 ahli MPM atas komitmen, sokongan dan dedikasi yang telah diberikan sepanjang penggal 2023–2025.

Semoga peranan dan kegemilangan masjid sebagai pusat pembangunan tamadun masyarakat terus diperkasakan dan diperkukuhkan dari semasa ke semasa mengikut realiti zaman, seterusnya memberikan sumbangan yang signifikan kepada kemajuan ummah.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ahli MPM serta pihak urus setia atas komitmen tinggi dalam menjayakan Persidangan MPM kali ini.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.