• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

108 PELAJAR ASNAF SERTAI HIASMEGA 2025

IPOH, 9 Mei 2024 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menganjurkan Program Hijrah Asnaf ke Menara Gading (HiAsMeGa) melibatkan seramai 108 pelajar penerima bantuan biasiswa MAIPk dari seluruh negeri Perak. Program ini telah berlangsung selama tiga hari, bermula 5 hingga 7 Mei 2025, bertempat di Hotel Seri Malaysia.

Sepanjang program ini, para peserta dibimbing dalam merancang masa depan pendidikan mereka – merangkumi pengiraan merit, pengisian permohonan UPU, serta taklimat berkaitan bantuan pendidikan daripada pelbagai agensi termasuk UiTM, Yayasan Perak, Unit Pinjaman Pendidikan SUK Ipoh, dan MARA.

Majlis penutup telah disempurnakan pada hari ketiga oleh Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat MAIPk, Suhaimi bin Yusoff.Turut hadir Pengurus Bahagian Agihan Zakat, Mohamad Hafizi bin Mohamah Nor. Diharapkan program ini memberi impak positif dalam kehidupan dan pembangunan diri peserta, serta menyuntik semangat untuk melangkah yakin menuju kejayaan.

HiAsMeGa – Hijrah Ilmu Menuju Puncak!

"Usaha dan doa tak pernah sia-sia, bila niat ikhlas kerana Yang Esa."





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.