MAIPk PERGIAT PROMOSI DAKWAH WAKAF KEPADA MASYARAKAT
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) daerah Parit Buntar mengadakan Program Ceramah Khas Wakaf di Masjid Daerah Kerian, Parit Buntar pada 24.04.2025 lalu.
Ceramah tersebut telah disampaikan oleh A.F. Ust. Zulkifli Zainon, Guru Takmir Daerah Kerian kepada para jemaah yang bertujuan bagi memaklumkan peranan MAIPk sebagai agensi yang mengurus tadbir hal ehwal berkaitan zakat dan wakaf di negeri Perak.
Objektif lain program ceramah yang dilaksanakan ini bagi mempromosikan aktiviti & projek-projek pembangunan yang sedang serta akan dijalankan melalui penggunaan dana Wakaf Perak Al-Ridzuan(WAPAR), MAIPk.
Semoga kesedaran masyarakat berkaitan kepentingan berzakat & berwakaf akan terus disemai serta dapat menjadi amalan yang menyuburkan harta kita di dunia seterusnya menjadi penghujung amalan kita hingga ke akhirat kelak.
Terima kasih kepada para jemaah yang hadir.
Terima kasih para Pewakaf & Pembayar Zakat negeri Perak.





