SELAMAT HARI PEKERJA
Nabi S.A.W bersabda :
Maksudnya : "Sesungguhnya Allah S.W.T. suka apabila seseorang diantara kamu melakukan sesuatu pekerjaan ia melakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh" (Riwayat At-Tabrani)
Kita boleh mengambil pengajaran daripada LEBAH. Lebah bekerja keras secara kolektif kerana kelangsungan hidup dan kejayaan koloni mereka bergantung sepenuhnya kepada semangat kerjasama. Setiap lebah memainkan peranan masing-masing demi kebaikan bersama. Ini mencerminkan nilai muafakat dan kerjasama dalam pekerjaan.

